body
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Thursday, October 30, 2008

Assalamualaikum. Finish reading Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. I will be talking about it in Malay, baru feeling ada masyukkk...

Bismillahhirohmaannirohhim. Ketika Cinta Bertasbih. Sebuah dwilogi yang cukup menarik. Lebih menarik lagi, penulis Habbiburahman El-Shirazy pandai menyulam unsur-unsur fiqih dalam paduan jilid bukunya ini. MasyaAllah, sedemikian hebatnya. Mengenali penulis hebat ini menerusi Ayat-ayat Cinta, saya rasa bersyukur kepada Allah swt kerana masih ada lagi penulis sebaiknya yang berminat memukau pembaca dengan jalan cerita rekaanya yang diuliti dengan keindahan unsur-unsur Islami. Berbalik kepada dwilogi ini, saya merasakan masih ada kekurangannya di samping kehebatannya.

Terlalu banyak watak yang diperkenalkan lalu dihidupkan watak-watak itu dengan konflik lantas membuatkan dwilogi ini sarat dengan watak-watak yang tidak langsung memberi impak pada penutup cerita. Watak-watak sepert Tiara, Cut Mala, Fadhil, Hafiz, Marshitah dan sebagainya. Tiara dikahwinkan kepada temannya si Fadhil sementara rasa cinta terjalin di antara mereka membuak-buak hebatnya. Hafiz bergelora dalam getaran hebat Cut Mala, adik kepada Fadhil. Azzam melaksanakan janjinya dengan mengkhabarkan kepada Fadhil tentang keinginan Hafiz untuk menkhitbah adiknya Cut Mala, tetapi ianya cuma tergantung di situ sahaja. Alangkah baiknya jika ia terus diberi nyawa dalam dwilogi ini sampai ke penghujung cerita.

Dwilogi ini bahkan juga sarat dengan fakta-fakta yang saya rasa tidak begitu perlu kerana cuma sedikit sekali impaknya kepada Ketika Cinta Bertasbih. Contohnya fakta tempatnya berdiri Hotel Le Meridien yang didiami oleh Furqan. Contohnya, Hotel Le Meridien terletak di sebelah pasar Sayyeda Zainab, berhadapan dengan Masijid Al-Azhar, berdekatan dengan tempat Kedutaan Indonesia di Mesir dan selanjutnya. Begitu juga dengan fakta tentang latar belakang Pesantren di Wangen. Pak Kiai ini berkahwin dengan Bu Nyai yangini, lalu lahirlah seorang anak bernam Pak Kiai ini dan langsung bertemu dengan seorang gadis, lalu dinikahi mendapat anak dan salah seorang darinya ada Pak Kiai Lutfi yang berkahwin dengan Bu Nyur dan lahirlah anak gadis mereka yang sedang menuntut S2 di Kaherah, Mesir. Dua perkara ini, saya rasakan jika dielakkan, ianya akan menjadi sebuah dwilogi yang lebih menarik, InsyaAllah.
Jalan cerita yang menarik oleh penulis prolifik begitu menyentuh jiwa. Ianya lebih menyengat dari Ayat-Ayat Cinta. Ketika Cinta Bertasbih bukan sahaja menyingkap tentang cinta dua mempelai, tetapi juga cinta adik-beradik, ibu dan anak dan cinta antara teman. Pada permulaan cerita, Azzam sudah menaruh harapan untuk mengkhitbah Anna Althafunnisa tetapi ditolak oleh sepupunya Anna kerana Anna sudahpun dirisik oleh Furqan, teman Azzam sendiri. Azzam sedar dirinya bukan sesiapa selain penjual tempe dan bakso yang mengambil 9 tahun untuk menghabiskna BAnya. Azzam tidak memberontak bahkan bersyukur, baginya penolakan dari pihak Anna itu memberi luang kepadanya untuk menumpukan kepada tanggungjawab utamanya iaitu menampung kehidupan adik-adiknya iaitu Ayatul Husna, Lia dan Sarah serta ibunya. Dia pernah membantu Anna yang kehilangan barang di Mesir. Sejak itu, Anna merasa kagum akan keberanian dan kesopanan Azzam. Namun setelah beberapa pergolakan yang dihadapinya, setelah kembali ke Kartasura, dia ingin menikah. Husna disunting oleh Ustaz Ilyas yang pernah merisik Anna tetapi juga ditolak kerana Furqan telah mendahuluinya. Azzam bertemu dengan pelbagai gadis untuk dijadikan pendamping hidupnya yang sekejap itu. Setelah Elliana, Rina, Tika, Eva dan seterusnya Vivi. Dia hampir bernikah dengan Vivi tetapi sehari sebelum pernikahannya, dia telah bertemu dengan sebuah kemalangan bersama ibunya yang meninggal dunia setelah itu. Azzam memerlukan setahun untuk pulih seperti sediakala tetapi Vivi telah dipaksa oleh ibunya untuk berkahwin dengan pria yang lain. Azzam pasrah dan menyerahkan segalanya pada Allah swt.

Anna telah bercerai dengan Fuqan tetapi dia merupakan janda berhias. Furqan masih belum mengusik keperawanannya kerana dia diberitahu bahawa dia mengahadapi AIDs oleh doktor di Mesir setelah bertemu gambar lucahnya bersama Ms Italiana. Setelah enam bulan berkahwin, barulah Furqan berterus terang dengan Anna. Anna meminta diceraikan. Anna bersyukur kerana mahkotanya masih belum disentuh oleh Furqan. Azzam pasrah akan nasibnya. Begitu juga Anna. Azzam yang tinggal di Kartasura sering berpergi balik ke Wangen untuk mengajar di Pesantren kelolaan bapanya Anna, Pak Kiai Lutfi. Dia mengajar kitab Al-Hikam di sana. Suatu hari setelah beliau pulih sepenuhnya, Azzam pergi ke rumah Pak Kiai Lutfi untuk memintanya meng"recommend"kannya salah seorang pelajar gadis di pesantrennnya itu untuk dijadikan isterinya. Maklumlah, dia sudah berusia 30 tahun. Pak Kiai teringat akan anaknya yang sudah tamat edahnya, dia bertanyakan kepada Azzam jika dia sudi memperisterikan seorang janda berhias yang telah tamat edahnya. Azzam menjawab, "Asalkan dia solehah Pak". Azzam amat terkejut dan terkesima apabila Pak Kiai memberitahunya gadis itu adalah tidak lain dan tidak bukan Anna Althafunisa. Anna dan Khairul merasakan bagai bulan jatuh ke riba kerana selama ini mereka memang menaruh kasih antara satu sama lain. Khairul Azzam dinikahkan dengan Anna Althafunisa setelah sholat Maghrib pada hari itu juga. Setelah mereka menikah, Furqan memberitahu kepada Anna bahawa doktor di Mesir telah memberinya analisa darah yang salah. Dia sememangnya tidak dijangkiti penyakit marabahaya itu. Anna memberitahu kepada Furqan yang dia sudah bersuami dan menyarankannya untuk menikah demgan Eliana yang selama ini ingin menikah dengan Azzam tetapi ditolak kerana dia bukan seorang muslimah solehah yang diidamkan oleh Azzam. Inilah JODOH yang dijanjikan oleh Allah swt. Jikalau sudah ditakdir dia itu jodohku, macam mana tidak mungkin sekalipun, tatkalan Allah swt berfirman "Kun Faya Kuun", maka yang tidak bisa terjadi akan menjadi realisasi. Begitu juga dengan jodoh... Aku masih menunggu jodohku... Semacam mana baik dirriku, dia juga sebaik itu. Semacam mana buruk dirinya itu, aku juga seburuk itu. Ini janjinya dalam Surah An-Nur ayat ke 26:
Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia
Terjemahan Ar-Rahman

More interestingly, these books will be made to movie : KETIKA CINTA BERTASBIH by SineMart Indonesia. The shooting just started mid June 2008 and in October, they are doing their shoot in Cairo and Alexandria in Eqypt.

inspired to share at 11:01 PM
0 comments


the foreword


Assalamualaikum. Like you, I have my flaws too.

Salam ikhwan, Muhammad Izwan


the man

Name : Muhammad Izwan

Date of Birth : 4 th January 1988

Current Status : NSF

E-mail Adress : wawan_izwan@hotmail.com





the calling



the voice




19th April 2009, Sunday, 23hb RabiulAkhir 1430Hj
Majlis MaulidurRasul & Ceramah with MHDS

16th May 2009, Saturday, 20hb JamadilAwal 1430Hj
Taklimat Bahas 4PM 2009



the connection

05S71
Prasasti Nova
Asri
Cassandra
Farhana
Farhana MI
Fitria
Genevieve
Hannah
Ismail
Jacelyn
Kelly
Kenneth
Lily
Lisha
Madeleine
Melvin
Monisha
Mr. Manager
Nadiah
Nasri
Pholsena Dalaphone
Sallehan
Saunders
Shawn
Zaidah
Zafyrah
Siti Zone
YouTube

INvokeSG

simplyIslam

iSLAMIC Events

Youth aL.I.V.E


the past

July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009