Sunday, July 20, 2008
Assalamualaikum. Saya rasa terpanggil untuk mengulas dan menerangkan pendapat saya yang telah saya lahirkan dalam post yang sebelum ini. Pada masa yang sama, saya ingin menjawab tag "an" dalam tagboard saya.
Apabila anda mengatakan bahawa pembahas TJC had a rebuttal for the point I made, saya keliru sebenarnya. Sepatutnya yang rebutt about this ialah pihak RJC dan bukannya pihak penyanggah kerana kumpulan TJC stand yang saya, sebagai seorang penonton, fahamkan ialah Kemaslahatan Bahasa Melayu Bukan Sahaja Terletak Pada Tangan Penuturnya bahkan juga pada tangan penulis, penyajak dan ahli sasterawan yang lain. It is like you guys rebutting your own hujah. Now, this is my point if I am a pencadang.
Kemaslahatan Bahasa Melayu terletak di tangan penuturnya kerana sesebuah bahasa itu akan hanya effektif apabila adanya golongan yang bertutur dengan menggunakan bahasa tersebut. Tatkala ia menjadi effektif dan berguna, barulah timbul kemaslahatannya. Salah sebuah kemaslahatan bahasa Melayu adalah apabila dua pihak dari negara yang berbeza dapat berinteraksi dalam niat ingin menolong ataupun bertukar pendapat. Menolong disini juga boleh dalam bentuk pertolongan yang bervariasi, boleh tolong mendidik, tolong dari segi perubatan, tolong dengan memberi makanan dan sebagainya. Contohnya kalau kita ke Indonesia yang secara kebetulan rakyatnya juga bertutur dalam bahasa Melayu untuk menabur bakti, kita perlu faham dan peka akan keperluan mereka dari segi fizikal mahupun emosi. Untuk memahami perkara ini, kita perlu bertutur dengan mereka demi membolehklan kita memberi dan menyediakan bantuan yang betul-betul dapat meringankan bebanan mereka dan maka terciptalah sebuah kemaslahatan Bahasa Melayu itu sendiri. Dengan ini Bahasa Melayu membolehkan kita menolong mereka dengan lebih effektif lagi menerusi pertuturan.
And to rebutt on the point that Kemaslahatan Bahasa Melayu juga terletak di tangan ahli sasterawan dan sebagainya...
-1. Sesebuah karya perlu diwawarkan untuk pengetahuan ramai dan lantas dihargai orang. Untuk ini, kita perlu berCAKAP kepada orang ramai akan kebaikan sesebuah karya itu. Adakah seorang penulis yang sebaik sahaja bukunya dicetak, terus mendiamkan diri. Perlu mempromosikan bukunya juga, dan bukankah dia memerlukan kita menjadi seorang penutur untuk melakukan demikian? Sebaik manapun sesebuah karya ataupun isinya yang boleh mencipta kemaslahatan bahasa Melayu, penghebahan adalah perlu.
-2. Seorang penyajak, seorang penulis syair, seorang penulis skrip, seorang penulis lirik, menghasilkan kerja mereka untuk apa? Untuk menciptakan kemaslahatan Bahasa Melayu, ia memang benar tetapi ini akan hanya boleh dicapai apabila sebuah sajak itu dideklamasikan, sebuah syair itu dipersembahkan, sebuah skrip itu dilakonkan, sebuah lampiran lirik itu dinyanyikan. Bukankah ini semua juga dalam bentuk pertuturan? Maka kemaslahtan Bahasa Melayu terletak di tangan Penuturnya tidak kira apa tujuan pertuturan yang dilaksanakan.
Anyway, I am just a penonton "an". I am not sore if any of you guys win. RJC or TJC win, how does it affects me. And I am not blaming TJC or anyhow. I only said that RJC had a more structured hujah-hujah but these were not delivered well enough by them! And bravo penggulung RJC as you really did what you should do which is menggulung your kumpulan punyah hujah-hujah and how it back up your group's stand.
And 'an', I think we should open a blog where we can berbahas if you think that you are truly not satisfied with whatever I said. I am not someone who says something just membabi-buta! I am reasonable! And bahas taught me that!