Assalamualaikum. Watched this film with my parents at Causeway Point's Cathay Cinema yesterday. Arrived at Causeway Point at 5.10 p.m and got to know that the tickets for the 5.25p.m slot were already sold out. My mother suggested to just but the tickets for the next slot at 7.50 pm since we were already there. In the meantime, went around shopping. At 7.10 pm, went up to the cinema and found that the tickets at 7.50 p.m slot were sold out too! Wah, this is my first time seeing a Malay show's tickets sold out two showtime consecutively even after a week released! Anyway, this is what I felt after the show:
Ayat-ayat CINTA
Jodoh itu rahsia Tuhan.
Setiap kali dilimpah bencana mahupun kegundahan jiwa, itulah saatnya ketika Tuhan sedang berbicara dengan kita.
Ikhlas dan Sabar, itulah Islam!
Itulah sedikit palitan skrip dari filem Ayat-ayat Cinta. Banyak yangku pelajari dari filem Indonesia ini. Tayangan layar perak ini diadaptasi dari novel Ayat-ayat Cinta ilham cetusan Habibburahman El Shirazy. Kagum dengan keinginan pengarah untuk menonjolkan kebenaran Islam dalam filem ini. Cinta Fahri dan Aisha berlandaskan pikulan tanggungjawab yang digalas oleh seorang Muslim dan Muslimah. "Perkahwinan itu melengkapkan keimana seseorang Muslim selain daripada menjauhi fitnah" Memang benar apaya yang dikatakan oleh watak Maria bahawa mencinta dan memiliki cinta adalah dua perkara laksana langit dan bumi bezanya. Mencinta hanyalah suatu dambaan. Memanglah tidak hairan mengapa mereka yang sekadar mencinta seringkali tidak dapat merasa betapa besarnya nikmat sebenar cinta! Memiliki cinta bukanlah suatu dambaan bahkan ianya adalah suau pengabdian. Setibanya kita di saat memiliki cinta, semua yang dilakukan berpaksi pada "Cinta" Bertanggungjawab kerana cinta. Berkoban kerana cinta. Berbohong kerana cinta. Berani menghadapi segala rintangang juga kerana cinta. Cinta dengan siapa? Cinta kepada Dia yang Esa, cinta kepada ibu bapa kita yang besar pengorbanan mereka, cinta kepada bumi yang nyata, cinta kepada dia yang sudi bersenyawa. Fahri seorang pria asal Indonesia bertemu jodohnya dengan Aisha seorang gadis asal Jerman di bumi Mesir. Ini menunjukkan kepada kita bahawa jodoh itu rahsia Allah. Janganlah kecewa mahupun berduka bila tidak ketemu cinta yang bisa membuang lara kerana Dia masih lagi mahu berahsia. Mungkin jodohku bukan di Singapura, mungkin di Turkey ataupun Mesir. Itu bisa terjadi keranaku redha' kerana jodoh adalah tetapan Illahi yang Maha Esa. Ketika putusnya cinta yang disangka suci lagi murni, janganlah kita gundah gulana, kerana pastinya Dia masih berahsia.