Friday, January 4, 2008
in malay
Assalamualaikum. Alhamdulillah sudah 20 tahun jantung ini berdenyut. Entah berapa saat, detik, minit, jam, bulan, tahun, dekad lagikah ia akan terus berdegup. Saya berserah dan hanya mampu bersiap sedia untuk bertemu dengan saat terakhir jantung ini bermaya. Takut, memang benar menakutkan, tapi kadang-kadang saya terlupa. Ishh, bagaimana untuk terus sedar akan betapa dekatnya saya dengan hari Perhitungan?
Pernah seorang teman memberitahu saya bahawa dia benci diingatkan hari lahirnya kerana suatu kenyataan Rasulullah saw. Baginda pernah bersabda bahawa beliau juga tidak suka diingatkan akan Hari Lahirnya kerana ia mengingatkan betapa pedih dan sakitnya ibunya melahirkannya. Benar, tetapi saya tidak membencinya samasekali bahkan ia mengingatkan saya untuk lebih berjasa kepada ibu saya yang menanggung kesakitan melahirkan saya dan akan terus berusaha untuk membuat ibu saya bersyukur kerana telah melahirkan saya dan akan tiada segamit pun penyesalan yang dirasakan. InsyaAllah.
Apa pun, saya bersyukur kerana terus diberi hidayah dan peluang untuk terus bertaubat kepadanya.
Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.
in english
Hey people. Thank you so much for the wishes and presents. Thank you so much to those who stayed up to wish me at around 12.00 a.m So sweet of you guys. Thank you so much. I am no longer a teenager.Now, an adult. Will change, change for the better I hope. Just wait and see.