Saturday, December 31, 2005
Di Ambang 2005
Assalamualaikum. Berbeza dengan versi Inggerisnya, versi Melayu ini dihasilkan dalam bentuk coretan - luahan hati. Isinya juga samasekali berbeda. Ianya akan merangkumi segala detik-detik bahagia mahupun duka yang terjadi dalam pusat tahun 2005.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam beberapa jam lagi, kita akan melangkah ke takwim yang baru. Ianya seakan memberi sinar yang baru buat kita semua. Begitu hendaknya. Terpatri seribu satu janji dalam kalam Illahi dimana satu demi satu rahsia bakal kita jejaki. Yang baik mahupun yang tidak, segalanya bakal dialami. Hanya satu yang dapat dijadikan senjata diri bagi menempuhi rintangan duniawi - hati yang suci lagi murni. Dari jiwa yang nurani akan naik ke akal insani. Segala langkah yang bakal diambil, pasti digerakkan oleh kalbu yang jauh tersemadi di dalam diri kami. Mujur, dengan iman yang mulus - segalanya pasti akan dapat diatasi.
Dalam perjalanan ke lemabaran yang baru, tahun 2005 pasti termetri di hati. Segala yang terjadi menjadi sejarah untuk ratapan hati nurani. Jika pernah langkah yang diambil itu sumbang rupanya, pasti ianya dijauhi agar tidak terluka kaki yang bakal melangkah lagi. Di saat hati melonjak tanpa diberkas secebis rasa iri, telah termetri menjadi sebuah memori nan abadi.
Satu persatu falsafah dicipta bagi mengukuh pendirian diri sejati. Bagi 2006, impian tidak mungkin lagi tinggal di kalangan awangan tapi bakal menjadi realiti bagi tatapan mata hati. Janji dulu akan tetap dikotai biar sampai di akhir nafas nanti. Izwan inginkan sesuatu yang baru untuk tahun yang akan diusuli tidak lama lagi. Biar apa mulut murai ingin katakan bagi memuaskan hasad dengki diri, biar caci menodai niat ini, Izwan akan tetap mengikut kata hati. Jatuh bangun, Izwan yang cipta sendiri. Di kala Izwan tersungkur jatuh menyembah bumi, ngilaian syaitan menjadi penyambut kejadian bersaksi. Di kala berada di mercu kejayaan, hati iri menawan keadaan lagi membimbangkan. Walaupun mata sering dibasahi butiran airmata, ianya bukan tanda kelemahan jati diri.
Menjadi satu kepastian, iman menjadi pilihan bagi menentukan jalan. Jangan pernah tercipta satu saat di manaku terlupa diri yang kerdil di mata Illahi hingga menyeksa batinku ini. Ingin kudekatkan diri pada Illahi, agar tiada yang menghalangi niat hati waja ini.
Ingin Izwan tawan banyak lagi kejayaan yang belum lagi menjadi kenyataan. Illusi tidak akanku cuba dekati. Fatamorgana menjadi perhiasan di kala sunyi tapi akanku cuba jauhi. Teman yang ingin merapati akan tetapku hargai namun bagi yang sebaliknya, tidak usahku jejaki. Percaya bahawa diri ini bukan bahan yang boleh diperlekehkan lagi.
Kini, biarku akhiri warkah kali ini dengan rasa ringan hati. Seikhlas budi diulungi pekerti.